Sunday, 13 April 2014

Karma

Tanggal 7th April 2014 kau menelefon aku dari Cantoment Station. Akhirnya kau di tangkap lagi. Kali ini kau ditangkap bersama dengan seorang wanita yang berusia 31 tahun dan juga dengan abg mu ( Rashid ). Aku tidak tahu apakah aku harus bahagia atau aku harus bersedih dengan berita yang kau sampaikan pada aku. Yang nyatanya kau telah mendustai aku. Kau minta aku menlawatmu di prison nanti. Aku juga tidak tahu apakah harus aku turutkan katamu. Yang aku tahu aku hanya kesian melihat keadaan mu dan aku faham bila berada di dalam tahanan sungguh menyedihkan. kesian aku tak bertempat sedangkan kau tidak pernah kesian pada aku bila aku mengatakan bahawa aku terlalu penat menguruskan anak seorang diri. Kau hanya buat tak tahu sahaja. Kini kau tersepit aku juga yang kau cari. MENGAPA????????

Hati aku begitu marah, sedih dan amat-amat hampa dengan dirimu. Aku sedar kau hanya menggunakan aku untuk kepentingan dirimu.Namun aku tidak tahu mengapa aku sanggup di perbodohkan oleh manusia sepertimu. Kau amat licik dan amat kejam. Kau nodai cinta aku yang setia, kau permainkan aku yang ikhlas dalam ikatan ini. Kau nodai janji kita. Aku tidak marah jika kau ingin meninggalkan aku tapi mengapa kau pergi tanpa sebarang pesanan atau tanpa sebarang keputusan yang pasti. bila aku bertanya kau hanya menjawab kau buatlah keputusan yang terbaik untuk diri aku dan anak-anak. Bukankah ini tandanya kau mengharapkan satu perceraian dari aku. Aku tabah menlalui perjalanan ini sendiri tanpa kau. Aku rela dengan ketentu Illahi. 

Allah Maha Besar dan Adil. Kini kau tersepit dan aku juga yang kau harapkan. Kalau ikut akal aku tidak mahu tahu tentang apa yang kau hadapi.Tapi kalau ikutkan hati aku kesian pada kau. Apa lagi aku tahu kau ditangkap bersama seorang wanita muda. Aku tahu selama ini kau menggangap aku tua walaupun usia ku baru 42 tahun. Kau inginkan wanita yang lebih muda, wanita yang selalu ada masa untuk kau, yang ada rumah besar dan yang tak bising seperti aku, yang lebih tepat wanita yang sekepala dengan kau. Kini kau perolehi apa yang kau inginkan selama ini. 

Selama 5bulan ini kau bahagia menyakiti aku, aku sanggup permainkan aku.

Saturday, 15 March 2014

Friday, 29 November 2013

Beautiful bandung


Holiday In Bandung. Such a beautiful Memories. Be back soon. Beautiful places, beautiful scenery. Thank you Allah for the beautiful things in life.

Friday, 8 November 2013

Yuna - Lelaki With Lyrics HD

http://www.youtube.com/v/2JhCI-SF2-U?version=3&autohide=1&feature=share&showinfo=1&attribution_tag=IvJQ9_lQv20omCd9L-v61Q&autohide=1&autoplay=1